Apakah yang dimaksudkan dengan TIBB NABAWI??
Tibb Nabawi merujuk kepada perkataan ataupun perbuatan yang dilakukan Nabi Muhammad berkaitan dengan penyakit, rawatan dan penjagaan pesakit.
Ia juga melibatkan hadis yang berkaitan dengan perubatan dan rawatan perubatan yang dilakukan ke atas Nabi ataupun sahabat dan rawatan yang dilakukan ke atas orang lain yang tidak pernah dihalang Nabi.
Huraian berkaitan Tibb Nabawi dapat dilihat dalam Kitab Al-Tibb dalam sahih Bukhari dan Syarh Fathul Bari (fath al-Bari) Sahih Al-Bukhari oleh Ahmad bin Ali Ibnu Hajar al-Asqalani dan Syarh 'Umadat al-Qari Sahih al-Bukhari oleh Abu Muhammad Mahmud Ahmad al-Ayani.
Secara umum, terdapat dua pendekatan dalam perubatan ini.
Pertama:
~Aspek pencegahan seperti merendam keseluruhan badan lalat yang terjatuh ke dalam minuman. Ini kerana sebahagian sayap lalat tadi membawa kuman dan sebahagaian lagi membawa penawar.
~Berbekam
~Menjauhi diri dari penyakit kusta
Kedua:
~Aspek penyembuhan pula, contohnya meminum madu bagi sakit seperti cirit-birit
~Membasuh badan dengan air semasa demam dan berbekam.
Tibb Nabawi ini yang telah menjalani penyelidikan ialah seperti MADU dan HABATUSSAUDA.
*JADI sebagai pelajar perubatan pada umumnya, marilah kita sama-sama bersinergi(bertanggungjawab) mempraktikkan apa yang telah diwariskan Nabi untuk umatnya. Hal ini dapat membantu memperkembangkan lagi Tibb Nabawi dan berupaya menghasilkan kesan yang baik dari sudut kesihatan..WAALLAHUALLAM..
Ceramah Maal Hijrah 1434H
Nantikan kemunculan DR MAZA di AUCMSAz Zumar:53
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah10 muwasafat tarbiah
10 muwasafat tarbiahDesign Baju AISA
Mana satu design yang menarik hati anda..pilihan ditangan anda..:)Anda yang kami cari
Terbuka kepada pelajar-pelajar baru dan lama.. Sertai kami..Persatuan Mahasiswa Islam Aucms
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment