Blogger Widgets

Ceramah Maal Hijrah 1434H

Nantikan kemunculan DR MAZA di AUCMS

Az Zumar:53

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah

10 muwasafat tarbiah

10 muwasafat tarbiah

Design Baju AISA

Mana satu design yang menarik hati anda..pilihan ditangan anda..:)

Anda yang kami cari

Terbuka kepada pelajar-pelajar baru dan lama.. Sertai kami..Persatuan Mahasiswa Islam Aucms
Showing posts with label Cerita Pendek Berisi. Show all posts
Showing posts with label Cerita Pendek Berisi. Show all posts

16/11/2012

hamba Allah yg mulia

Suatu hari..Rasulullah bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?"

sahabat mnjwb: "para malaikat ya Rasulullah"
sahabat mnjwb:"tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

Rasulullah trsenyum lalu bkata: "ya, mereka mulia tp ad yg lbih mulia"
para sahabat tdiam lalu bkata:"adkh kami yg mulia i2 ya Rasulullah?"
Rasulullah bkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian mmbantu perjuanganku, tt
p bkn kalian yg aku maksudkn..

Rasulullah mnundukkn wajahnya, baginda menitiskn air mata sehingga mmbasahi pipi n janggutnya lalu bkata...

"wahai shbtku, mereka adlh manusia2 yg lahir jauh stlh wafatnya aku, mereka tlalu mncintai Allah & tahukh kalian..mereka x pnh melihtku, mereka hidup tdk dekat dgnku spt kalian ttp mereka sgt rindu kpdku & saksiknlah wahai sahabatku bhw AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU!

Untukmu Ibu


Untukmu Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ker kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?” Marah ibu.
Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah 2 kali kau ulang ambik SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang ha?” Leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah.
Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.
“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu?Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakal hal sebenar.
Si ibu semakin bengang.
“ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan yer!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit kan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.
“Tau sakit yer, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulannya menyirat tubuh Along yang kurus itu.
“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!” Jelas Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.
Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf dari ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.
Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikitpun tidak bersalah dalam hal ini.
Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along berbaring. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walau kasih ibu tidak semekar dahulu lagi.

Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
* * *
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang dari mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri yer!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka.
Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.
“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”
“ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggu lah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu yer!” Si ibu bersuara lembut.
Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.
“Kak Ngah dengan Alang nak balik ker ibu?” Soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.
Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?” Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.
“Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!” Terang si ibu.
“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..” Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.
Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalitpun pada ibu yang sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Kerana itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya.
Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada spasang jubah putih berbunga ungu yang dilengkapi dengan tudung bermanik.
‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri.
Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa -rupanya itu Fariz, sahabatnya.
“La…kau ker, apa kau buat kat sini?” Tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.
“Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?” Soalnya pula.
“Aku tak der buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!” Jelas Along jujur.
“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.
“Betul ker ni Riz? Nanti marah kakak kau!” Along meminta kepastian.
“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!” Balas Fariz meyakinkannya.
“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan.
Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.
“Kau ambik dulu, lepastu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz .
Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?” Soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitan yang semakin lusuh itu.
“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak per lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!” Pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor 7. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi.
Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisal auk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.
“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?” Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya dari menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.
“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!” Leter ibu lagi.
Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.
“Along. Kalau tak suka belajar, berenti jer la. Buat jer kerja lain yang berfaedah dari menghabiskan duit ibu.” Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka.
Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka.
Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.
Seperti yang dinekadkan, pagi itu, selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap. Dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar dari rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal.
Dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar dari rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiapkali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.
“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!” Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.
“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.
“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
“Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
“Ada” jawab Along pendek
“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doctor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengkan kepala.
“semua tak…Cuma 1 jer, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya.
Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
“Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!” Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.
Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.
“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni.” Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.
“Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.
“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?” Soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya.
“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak yer! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang.
Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
* * *
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.
“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ker?” Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
“Zam, mak kau marah kau lagi ker?" Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?”
“Tak per lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni.” Terang Along dengan tenang.
“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah.” Kata Fariz lagi.
“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”
“Zam..kau ni…..”
“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku taknak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!” Pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.
“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ker?” Soal Fariz ingin tahu.
“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia.” Terang Along.
“Abang Joe mana ni?”
“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!” Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .
“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”
“Hari ni la…” balas Along.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”
“Bukan. Minggu depan…”
“Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan jer?” Soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni jer yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar dari kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.
Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak dari melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut dari kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang –orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.
Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan dari ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu.
Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan k ad yang masih digenggamannya itu.
“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.
Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
* * *
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.
‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.
“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Bismillahirahmanirrahim


Bismillahirahmanirrahim...

"Ada batu pijakan"....

Suatu hari, keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. 
Sementara si petani, sang pemiliknya, memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Akhirnya, ia memutuskan bahwa haiwan itu sudah 
tua dan perigi juga perlu ditimbun kerana berbahaya.

Jadi tidak berguna menolong si keldai
.
 Ia mengajak rakan-rakannya untuk membantu-nya. 
Mereka membawa cangkul dan mulai mencangkul tanah ke dalam perigi. 
Ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia meronta-ronta.

Tetapi kemudian, ia menjadi diam. 

Setelah timbunan tanah dituangkan ke dalam perigi , si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang melihat keldai tersebut.

Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh timbunan tanah dan kotoran, 

si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. 

Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu.

Si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung hewan itu, namun si keldai juga terus menguncangkan badannya dan kemudian melangkah naik.  Si keledai akhirnya boleh meloncat keluar dari perigi
dan kemudian melarikan diri. 

 ***************** ***************** ***************** *****************

Kehidupan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita, segala macam tanah dan kotoran. 

Cara untuk keluar dari "perigi" (kesedihan dan masalah) adalah dengan mengoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran dan hati kita) dan melangkah naik dari "perigi" dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan. 



Setiap masalah-masalah kita merupakan SATU BATU PIJAKAN untuk melangkah. Kita dapat keluar dari "perigi" yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah menyerah. 


"GoNCANGKANLAH HAL- HAL NEGATIF YG MENIMPA DAN MELANGKAHLAH NAIK.! ***

"Hai hamba-hamba-Ku yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS az-Zumar 53)....

Tetaplah semangat..dan lakukan sesuatu apa pun dengan penuh CINTA..


Seorang lelaki

1 - Seorang lelaki ditemui mati dipijak ketika waktu haji,
Pemuda A : memang sah2 lelaki tu masuk syurga
Gadis A : syurgalah tempatnya

2 - Seorang pemuda mati 2/3 malam didalam masjid, bilal temui jasadnya ketika waktu subuh.
Pemuda A : syurga jua tempat pemuda tu,
Gadis A : tak dinafikan syurga tempat dia.

3 - Seorang lelaki mati didepan kedai arak , berlaku pendarahan teruk di kepala kerana di
hentak botol arak.
Pemuda A: penghuni neraka memang macam tu.
Gadis A: ahli neraka la jawabnya.





*cerita sebenar



1- lelaki yang dipijak mati ketika menunaikan haji itu sebenarnya ialah ketua penyeluk saku, orang ramai memijak dia kerana mereka mendapati banyak dompet berada dalam pakaian ihramnya.

2- Pemuda yang mati didalam masjid itu mati,kerana setelah disoal siasat, pemuda itu cuba mencuri duit tabung masjid, dia jatuh tergelincir ketika memanjat bumbung masjid.

3- lelaki itu mati sebab kebetulan dia lalu disitu, dia nampak sekumpulan pemabuk sedang cuba ingin merogol seorang wanita, dia ingin menolong perempuan itu, setelah puas bergelut, dia dipukul dengan kuat dikepala dengan botol arak sehingga mati .

#Natijahnya, sekarang ni, ramai orang suka menghukum seseorang tu, dengan sewenangya mereka meletakkan seseorang dalam keadan yang mereka suka. Ingat! kita bukan Allah untuk menghukum sesiapa, kita hanya mampu menilai bukanya menghukum, jangan terlalu cepat kita menghukum sesuatu.

(An Nahl - 90) Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya."

(Al Maidah - 42) Ertinya:
"Dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

WANITA DAN SEBUNGKUS BISKUT

WANITA DAN SEBUNGKUS BISKUT.....

Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. 
Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. 
Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran.

Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.


Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan.


Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. 


Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , 


"
Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". 
Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut,setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.




Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang.


Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya.


 Dalam hatinya berkata : 


'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. 


Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya , didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. 


Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!

TETAP LAH BER "HUSNUZAN".....InsyaAllah, you will be granted....

Mati di Laut atau di Katil ?

Mati di Laut atau di Katil ?

Seseorang bertanya kpd pelaut, 
“Di manakah ayah Anda meninggal?”

Jawab Pelaut,
“Di laut”



Tanya nya lagi kepada pelaut,
“Dimanakah datuk anda meninggal?”


“Di laut juga”.. Jawab pelaut.


Lalu lelaki itu bertanya hairan,


“Pun begitu kamu masih nekad ke laut juga?"

Tersenyumlah sang pelaut sembari bertanya semula,


“Di mana ayahmu meninggal?


Jawab nya,
“Di tempat tidur”


“DI manakah datukmu meninggal?Tanya pelaut,


“Di tempat tidur juga.” Balas nya..

Pelaut itu menutup dgn pertanyaan,


“Dan setelah ini Anda masih nekad berbaring di
tempat tidur?”





****************************

#Bukan bila atau dimana yg layak kita khawatirkan dari kematian, tapi dalam keadaan apa
kita akan mati,

Allahummaj’al khaira ‘umri akhiirahu wa khaira ‘amali khawaatimahu, wa khaira ayyaamii yauma alqaaka.”

Ya ALlah, jadikanlah sebaik2 umurku adalh yg plg akhir, sebaik2 amalku adalah penutupnya dan sebaik2 hariku adalah hari dimana aku bertemu dengan-MU. . .

Pada suatu malam

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Alkisah ,Pada suatu malam....
ditengah melajunya teksi...
seorang penumpang menepuk bahu Pemandu Teksi dengan maksud untuk berhenti.
 "Pak cik , maaf berhenti di depan ya?"

Tanpa disangka-sangka pak cik pemandu t
eksi terkejut dan tanpa sengaja telah tertekan "minyak" @ "race'" ..

"Ciiiiittz.....!"


Beruntunglah mereka selamat tidak terjadi kemalangan apapun. 


Setelah teksi berhenti, pakcik Pemandu teksi mengatakan kepada penumpangnya,


"Encik, lain kali jangan tepuk bahu saya, sungguh encik , saya terkejut."


Kata pakcik Pemandu teksi dengan wajah pucat.

"Boleh saya tahu kenapa pakcik terkejut?"
tanya penumpangnya, kehairanan.

"Masalahnya, baru malam ini pakcik jadi pemandu teksi," jawab Pak cik pemandu teksi.

" Sebenarnya,sebelumnya ini pakcik kerja dimana?" tanya penumpangnya kembali.

"‘Sebelumnya,sudah 10 tahun saya bekerja sebagai pemandu KERETA JENAZAH encik." Jawab pakcik Pemandu Teksi yang masih nampak ketakutan. ...???




*#%@?!* :D :D :D ::::.... *#%@?!* :D :D :D ::::.... *#%@?!* :D :D :D ::::.... *#%@?!* :D :D :D ::::....



Begitulah kebiasaan membentuk keperibadian seseorang. Kebiasaan yang baik akan membuat hidup kita menjadi indah.

Demikian halnya kebiasaan yang buruk akan membuat hidup kita menjadi penuh ketakutan. Membiasakan diri dalam perbuatan baik akan membawa ketentraman hati, kebahagiaan dan keberuntungan
dalam hidup kita. ::::...

PEMBIASAAN adalah salah satu cara untuk mendidik diri kita dan juga mendidik anak-anak kita nanti. Berlatih sabar dan sholat agar senantiasa berpikir positif, bertutur yang baik sehingga melahirkan tingkah laku yang penuh cinta dan kasih sayang
bagi sesamanya. Hal yang paling utama menanamkan ketakqwaan
kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala sejak dini.
Dalam firman-NYA 
:

 "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan

sesungguhnya yang demikian itu sangat berat kecuali bagi orang
yang khusyu'" (QS Al-Baqarah:45)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More