Blogger Widgets

Ceramah Maal Hijrah 1434H

Nantikan kemunculan DR MAZA di AUCMS

Az Zumar:53

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah

10 muwasafat tarbiah

10 muwasafat tarbiah

Design Baju AISA

Mana satu design yang menarik hati anda..pilihan ditangan anda..:)

Anda yang kami cari

Terbuka kepada pelajar-pelajar baru dan lama.. Sertai kami..Persatuan Mahasiswa Islam Aucms

29/11/2012

Hadis : Pilihan Terbaik






Bismillah dan Assalamualaikum semua sahabat ! =)












Syukur alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang hanya tinggal nak hancur ni. Syukran ya Allah.








Sebelum aku memulakan bicara kat sini, aku nak mintak maaf kepada semua sebab menggunakan kata ganti diri 'aku' kat sini. Bukan sebab aku sengaja nak biadap, tapi memang macam ni lah cara aku menulis. Aku tak reti nak guna kata ganti diri yang sopan sikit macam 'saya' , 'ana', dan sebagainya sebab nanti terasa macam hipokrit pulak. =P. Mana taknya, kat blog sendiri aku memang menulis secara sempoi, tetiba kat sini pulak nak cover-cover. Tak ke rasa macam @#$^%# ?? Uhuks.










Hm. Dengan kesempatan yang ada, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin blog ni sebab invite aku jadi penulis tak bergaji kat sini. Mudah-mudahan, dengan melakukan charity secara maya ni nanti (iaitu berkongsi ilmu agama), korang semua dan aku juga akan dapat manfaatnya, insyaAllah.












Well, aku rasa macam takde pape nak cakap sangat untuk pertama kali ni. Cuma, aku harapkan bahawa pilihan aku nak join AISA ni adalah pilihan yang terbaik untuk aku jadikan platform transformasi diri aku. Niat dan keinginan untuk berhijrah dah ada, cuma aku perlu cari lagi sumber kekuatan diri ini untuk berubah sepenuhnya kerana Allah, bukan kerana manusia.












Hm, cakap pasal pilihan, tadi masa tengah membelek-belek internet (Eh, ada ke orang belek internet?Pffftttt...), terjumpa lah satu hadis ni . Tajuk hadis : Pilihan Terbaik.










“Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.” - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim






Huraian :





1. Islam adalah agama Allah. Oleh itu kesuciannya hendaklah sentiasa dipelihara dan dimuliakan.
2. Segala perkara yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah S.W.T. Oleh itu umat Islam janganlah terburu-buru dalam bertindak apalagi terhadap sesuatu yang remeh-temeh kecuali terhadap perkara-perkara yang menyentuh kepentingan agama.
3. Islam memberi kelonggaran kepada umatnya melakukan perkara yang mudah dan senang selagi ia tidak mendatangkan dosa. Sekiranya mendatangkan dosa hendaklah dijauhi dengan apa cara sekalipun.








Ok, setakat tu lah yang aku dapat kongsikan tentang perasaan aku dan ilmu yang aku discover untuk hari ni. Semoga kita semua dapat memperbaiki diri sendiri dan mereka yang kita sayang sebelum bertemu dengan Pencipta kita nanti. Dah tak lama dah pun ni.... ~









Oh ya. Kalau korang bosan-bosan, boleh je kalau nak singgah ke blog aku --> Saya Cik Ummi. You're welcome there. I won't eat you =D










Notakaki

Daripada Saidina Ali r.a yang lebih kurang maknanya : "Janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." . Ehem, sebenarnya, maksud di sebalik tu yang aku nak katakan adalah , korang janganlah judge aku yang serba kurang dari segi penampilan dan banyak-banyak benda yang lain ni terlalu kejam ea. I'm in progress, insyaAllah  ^__^. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More