Blogger Widgets

Ceramah Maal Hijrah 1434H

Nantikan kemunculan DR MAZA di AUCMS

Az Zumar:53

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah

10 muwasafat tarbiah

10 muwasafat tarbiah

Design Baju AISA

Mana satu design yang menarik hati anda..pilihan ditangan anda..:)

Anda yang kami cari

Terbuka kepada pelajar-pelajar baru dan lama.. Sertai kami..Persatuan Mahasiswa Islam Aucms

17/02/2013

Wo ai ni.....Rasulullah..

" Demi Allah,
tak sudi aku bersama anak isteriku selamat dan menikmati kesenangan dunia,
sedang Rasulullah tertimpa Musibah meski hanya dengan sepotong duri".."
(Khubaib bin Adi)

Khubaib adalah seorang sahabat Nabi yang di gelari SYAHID DI KAYU SALIB .
Ketika di tawan oleh Musyrikin Quraisy dalam tragedi ar-Ra'ji,
Khubaib R.A. telah bersiap-siaga menghadapi detik-detik maut yang siap menjemput di sebuah tempat bernama Ta'nim..

Sebelum mereka melaksanakan hukuman itu terhadap beliau, Khubaib meminta izin kepada mereka untuk shalat 2 rakaat.

Mereka mengizinkannya dan menyangka Khubaib bermaksud menimbang-nimbang dalam dirinya untuk menyerah kalah dan menyatakan keingkarannya kepada Allah, Rasul & Agamanya..

Khubaib pun solat 2 rakaat dengan Khusyuk, tenang dan hati yang pasrah. Sedemikian indahnya sentuhan ini sehingga ia berpaling ke arah pelaksana Hukuman, lalu berkata,

" Demi Allah, kalau bukan kerana khuatir persangkaan kamu kepadaku bahawa aku takut mati, nescaya akan ku lanjutkan lagi Shalatku...!!"

Kemudian diangkat kedua tangan nya kearah langit lalu berdoa kepada Allah Rabbul Izzah,

"Ya Allah, susutkan lah bilangan mereka dan musnahkan lah mereka sampai binasa...!!!"

dan ketika penyaliban , beliau berdoa dengan khusyuk kepada Allah








"Ya Allah,
telah kami tunaikan tugas dari Rasul-Mu,
maka sampaikan lah pula kepadanya esok tindakan orang-orang itu terhadap kami..."

Allah berkenan mengabulkan doanya, doa seorang sahabat yang syahid..
Rasulullah pun kemudian mengutus 2 orang , Miqdad bin Amir dan Zubair bin Awwam untuk membebaskan nya daripada tiang salibnya . Subahanallah tempat suci di bumi telah merindukannya untuk memeluk dan menutupinya dengan tanah lembap dan penuh berkah...


huh, detik kemenangan sebelum Menang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More