Ini antara pusat pengajian memberi inspirasi dan ilmu yang sangat jelas kepada peserta dalam AISA.
IQ di Bukim Mertajam |
di Pulau Pinang |
Baru-baru ini AISA menyertai seminar 'Unity In Diversity' pada 27-29 Sept di USM hall .Ia berkaitan dengan usul fiqh dan maqasid syariah. IDT (Interactive da'wah training) selaku penganjur telah membawakan 2 orang tenaga pengajar daripada Nigeria iaitu Syeikh Nuruddeen Lemu dan Syeikh Teslim Adeyemo.
Kedua-duanya memberi penerangan dengan baik dan jelas. Penerangan
Syeikh Nuruddeen sangat tenang dan kata-kata beliau membuatkan orang untuk berfikir. Manakala ,jenaka yang disampaikanoleh beliau sangat sederhana tetapi ianya menghibur hati pendengar. Sahabat beliau pula tidak kurang hebatnya. Syeikh Teslim adalah yang termuda jika dibandingkan dengan Syeikh Nuruddeen dan Brother Lim. Kata-kata beliau begitu pula laju dan keterangan beliau sangat membuka fikiran.
Pengajian islam yang disampaikan ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan mana-mana mazhab tetapi membuka ruang pesefahaman agar menghormati pandangan-pandangan imam terdahulu. Ia bukan juga bertujaan untuk menetapkan hukum dalam ibadat dan muamalat kerana kami masih belajar . Kami bukan ulama' apatah lagi mufti .Apabila kami sudah memahami konsep dalam penetapan hukum barulah hati kami tenang untuk menghormati perbezaan pandangan yang disebut khilaf.
Seminar ini merapatkan ukhwah serta bermanfaat ^-^