Blogger Widgets

Ceramah Maal Hijrah 1434H

Nantikan kemunculan DR MAZA di AUCMS

Az Zumar:53

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah

10 muwasafat tarbiah

10 muwasafat tarbiah

Design Baju AISA

Mana satu design yang menarik hati anda..pilihan ditangan anda..:)

Anda yang kami cari

Terbuka kepada pelajar-pelajar baru dan lama.. Sertai kami..Persatuan Mahasiswa Islam Aucms

05/12/2012

Cinta SMS--Koff..Koff..----->Episod 9

Ahmad menghantar SMS kepada adiknya...

Ahmad: Oi budak! Mana biskut ngan air? Org tgh lapar ni!
Alia: SABAR LA!

Alia berjalan ke ruang tamu dengan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu: Ali dan ibu bapanya. 

Mak: Oh, ni Alia ke?

Ummi: The one and only.

Mak: Ish...ish...lawanya!

Alia senyum malu. Ahmad pula sedang menahan ketawa.

Abi: Encik ni pengetua skolah kat sebelah traffic light tu ye?

Ayah: Ye betul. Tapi Insha Allah 2 tahun lagi retire la. It's about time la anak tunggal saya ni kahwin.

Abi: Alhamdulillah. Insha Allah cikgu.

Ayah: Ali, bila plan nak buat perkahwinan ni?

Ali: Bergantung kepada Ayah ngan pak cik la. Bagi Ali, benda ni tak elok ditangguh lama sangat.

Abi: Kalau bulan depan macam mana?

Ayah: Bagus jugak tu.

Mak: OK ke Ali?

Ali: Ali orait je Mak.

Abi: Kita buat akad nikah hari Jumaat kat masjid seberang jalan tu selepas Zohor. After that, kita terus buat kenduri sampai lewat petang.

Ayah: Oh ya, cakap pasal kenduri ni kan. Since kita dok dekat-dekat je, saya fikir kita buat satu kenduri je cukup. Tak perlu la buat sampai dua kali.

Abi: Takda masalah. Kita split cost half and half la ye?

Ayah: Eh eh, tak perlu! Bab kenduri biar pihak lelaki yang handle. Pihak perempuan tak perlu belanja satu sen pun, sebab encik bakal hand over tanggungjawab encik ke atas Alia kat anak saya ni. Bagi saya, itu satu pengorbanan yang...priceless.

Abi: Bila fikir balik, memang sedih pun. Tapi saya rasa kurang senang kalau tak buat apa-apa untuk membantu. At least biar saya handle invitations. I insist.

Ayah: Kalau encik rasa macam tu, ok la. Erm...maharnya pulak macam mana? Pihak perempuan mintak apa?

Abi memandang Alia.

Alia: Saya mintak sebentuk cincin saja sebagai mahar.

Ali: Oh, cincin yang pak cik bagi saya minggu lepas tu ke?

Abi: Actually, tu cincin yang pak cik bagi kat isteri pak cik.

Ummi: Pak cik hadiahkan kat mak cik time kami kahwin dulu. Skang mak cik nak bagi cincin tu kat Alia.

Abi: Sebagai mahar pula, pak cik nak mintak yang lain.

Alia: Aik?

Abi: Don't worry Lia. Sebagai wali Abi boleh tetapkan mahar. Camni Ali, pak cik nak mintak sejumlah wang sebagai mahar Alia. Wang sebanyak RM2,000. Macam mane?

Ayah dan Mak memandang Ali. Ali nampak sedikit risau.

Abi: Mungkin Ali rasa pelik kenapa pak cik mintak wang kan? Sedangkan sebentuk cincin tu nampak modest. Ali tahu tak mahar yang Rasulullah bagi kat Aishah merupakan sejumlah wang emas? Lebih kurang 500 dirham dia bagi.

Ali: Iye? Oh, saya tak tahu pulak.

Abi: Pak cik consider jugak yang Ali masih lagi belajar dan pak cik consider jugak nilai mahar yang sesuai untuk wanita seperti Alia. Pak cik fikir RM2,000 itu reasonable. Betul?

Ali: Betul. Saya mampu tunaikan mahar tu.

Perbincangan ini berterusan selama hampir 2 jam. Tibalah masa untuk Ali dan ibu bapanya pulang.

Abi: Terima kasih sebab sudi datang cikgu.

Ayah: Oh takda masalah.

Mak: Saya mintak diri dulu.

Ummi: Nanti datang la lagi ye?

Ali dan ibu bapanya beredar.

Ummi: Lia, ikut Ummi pegi bilik jap.

Alia: OK.

Dalam bilik Ummi.

Ummi: Nah.

Alia: Apa ni Ummi?

Ummi: Ni baju pengantin time Ummi kahwin ngan Abi dulu. Ummi simpan elok-elok sampai skang, menunggu masa nak bagi kat anak Ummi.

Alia: Muat ke ni Ummi?

Ummi: Hello...tolong skit! Ummi dulu slim kot. Insha Allah muat.

Alia: Hehe...terima kasih Ummi. Sayang Ummi.

Ummi: Baju kurung ni maybe outdated skit. Nanti kita sama-sama hias baju ni bagi lawa skit.

Alia: OK Ummi, kita hias sama-sama. Tapi, kalau tak dihias pun Lia dah happy dah. Sebab Lia dapat pakai baju yang exactly sama yang Ummi pakai. I can't imagine a prettier dress.

Ahmad ketuk pintu.

Ummi: Masuk.

Ahmad: Uish, baju sape tu?

Alia: Ni baju yang Ummi pakai time dia kahwin ngan Abi dulu.

Ahmad: Pergh, legendary kot baju tu!

Alia: Haha...jeles?

Ahmad: Ceit! Eh Lia, Abi nak cakap skit ngan ko.

Alia: Ye ke? Okeh, Lia datang skang.

Alia keluar.

Ahmad: Erm...Ummi?

Ummi: Ye?

Ahmad: Abi ada simpan lagi baju pengantin dia?

Ummi: Hmm...rasanya ada. Kenape?

Ahmad: I was just curious. OK la, Ahmad nak gi kemas ruang tamu jap.

Ahmad berjalan menuju pintu.

Ummi: Ahmad?

Ahmad: Ye?

Ummi: Anis apa khabar?

Ahmad: ...


Via Aiman Azlan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More